Wednesday, November 30, 2022
24 C
Brunei

-

Johari julang trofi NBT

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Sebagai platform untuk mengumpulkan pemain golf di negara ini serta menguatkan hubungan di kalangan ahli, NBT Brunei Sdn Bhd dan Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA) telah menganjurkan pertandingan golf Trofi NBT 2022 di Empire Brunei, yang berakhir hari ini.

Seramai 305 orang pemain telah menyertai pertandingan ini yang berlangsung selama empat hari.

Hadir bagi menyampaikan ucapan ialah Presiden BDGA, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cek kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim yang diterima oleh wakil Ketua Pegawai Eksekutif Dana, Awang Samsudin bin Haji Puasa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah NBT, Haji Mohammad Junaidi bin POKDGSDRDLU Haji Awang Abdul Rahman, dan Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin.

YAM Pengiran Muda Abdul Hakeem menyampaikan sumbangan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim.
Haji Mohammad Junaidi menyampaikan trofi kepada pemenang kategori Gross, Johari. – Gambar oleh Muiz Matdani

Dalam pertandingan tersebut, Johari Haji Ahmad muncul juara selepas membuat 70 pukulan, dua pukulan di hadapan tempat kedua, Nat Bhanthumachinda.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Haji Khairul Jamaluddin dengan 74 pukulan dalam kategori Gross.

Juara Divisyen A, yang juga merupakan juara bagi kategori Nett, dimenangi oleh Kahar Bakar, diikuti naib juara, Pengiran Yura Wira, dan Jun Chong di tempat ketiga.

Sementara itu, Wan Mohd Tambrin menjuarai Divisyen B, manakala Chua Wei Hoang dan Izman Junaidi masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Dalam kategori Profesional pula, Bryan Chiew mendapat nombor satu. Naib juara jatuh kepada Awangku Syakir Pengiran Haji Ali dan Qawim Aslimon menduduki tempat ketiga.

Kategori Senior dimenangi oleh DSP Abdul Aziz Tamit, diikuti oleh William Boey dan Haji Mohd Jalaluddin.

Manakala, bagi kategori Wanita, Hajah Rusni Haji Lamat muncul juara, diikuti Jean Lim Swee Ling dan Ruby Newn.

Pertandingan yang julung kali diadakan ini mempertaruhkan Lexus RX sebagai hadiah utama. Namun, tiada pemain yang berjaya memenanginya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -