John Cena kahwini Shay Shariatzadeh senyap-senyap

Bintang WWE dan pelakon, John Cena mengahwini kekasihnya Shay Shariatzadeh dalam upacara tertutup di Tampa, Florida, Amerika Syarikat pada 12 Oktober lalu.

Menurut laporan portal tempatan, perkahwinan rahsia itu mula dihidu apabila bekas ahli gusti itu menulis di Twitternya sehari selepas berkahwin.

“Saya rasa sangat bahagia. Ini adalah satu cara terbaik untuk melengkapkan kehidupan dengan mengejar kebahagiaan dan bukan keseronokan semata-mata,” tulisnya.

Pada awal tahun lalu, muncul spekulasi yang mengatakan dia sudah bertunang dengan wanita yang ber-kerjaya sebagai jurutera itu.

Spekulasi itu timbul selepas tersebarnya gambar John bersama Shay dan kelihatan, sebentuk cincin di jari wanita itu.

Kedua-dua mereka mula berkenalan tahun lalu, tidak sampai setahun selepas John berpisah dengan bekas tunangnya, Nikki Bella.

Sementara itu, USA Today turut melaporkan, Cena dan Shariatzadeh pertama kali dihubungkan secara romantis setelah bertemu di sesi penggambaran bersama di Vancouver, Kanada pada bulan Mac tahun lalu.

Pasangan itu juga kemudian muncul di karpet merah bersama-sama di tayangan perdana “Playing With Fire” pada bulan Oktober 2019. – Agensi

Cena dan Shariatzadeh pertama kali dihubungkan secara romantis setelah bertemu di sesi penggambaran bersama di Vancouver, Kanada pada bulan Mac tahun lalu. – Agensi