Sunday, August 14, 2022
25.2 C
Brunei

Johnny Depp dedah mendiang ibu kaki pukul

-

Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp menyifatkan hubungannya bersama Amber Heard seakan-akan sama dengan imbasan kisah pedih sepanjang zaman kanak-kanak bersama ibunya, Betty Sue Palmer.

Dalam testimoni ketika perbicaraan di mahkamah baru-baru ini, Johnny memberitahu dia sering ‘dibuli’ secara fizikal dan mental.

Menceritakan semula perilaku mendiang ibunya suatu ketika dahulu, Betty Sue didakwa pernah menyeksa dirinya secara lisan, menghina dan melakukan kekerasan terhadapnya.

“Di dalam rumah kami tak pernah merasa aman atau selamat pun, seperkara yang perlu kamu lakukan adalah elak daripada mencetuskan kemarahan. Ketika dia (ibu) marah, aku akan menjadi tempat lepas geram.

“Kekerasan secara fizikal, penyeksaan.. Ia terus terjadi. Kami semua terkejut, Ketika kami berada berdeketan dia, kami akan cuba melindungi diri sendiri.

“Apa saja yang berdekatan dengannya, tempat abu rokok, kasut tumit tinggi atau telefon, semua itu tak mustahil akan melayang ke arah kami. Dia kejam!” cerita Johnny.

Johnny dikatakan kerap menerima kata-kata cacian dari ibunya sendiri, apa pilihan yang ada melainkan katanya akur dan pasrah.

Meski ibunya terus bertindak ganas, bapanya hanya mampu berdiam diri sebelum meninggalkan keluarganya ketika Johnny berusia lima tahun.

Depp dan Heard berkahwin pada 2015 dan bercerai tiga tahun kemudian iaitu sekitar 2017.

Sejak itu, pasangan yang pernah dilihat sangat serasi dan dicemburui tersebut tidak memiliki hubungan baik sehingga Heard mendakwa hidup merana bersama Depp kerana sering mengalami kekesaran dalam rumah tangga. – Agensi

Johnny Depp menceritakan semula perilaku mendiang ibunya suatu ketika dahulu yang didakwa pernah menyeksa dirinya secara lisan, menghina dan melakukan kekerasan terhadapnya. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -