Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Johnny Depp kembali menjadi pengarah filem

    Aktor Hollywood, Johnny Depp kembali menjadi pengarah filem apabila dilaporkan akan menghasilkan sebuah filem Modigliani, berkisar sejarah hidup pelukis dan pengukir legenda Itali, Amedeo Modigliani.

    Portal The Hollywood Reporter (THR) melaporkan, andai projek itu menjadi kenyataan, Modigliani bakal mengisi kekosongan profil pengarahan filem. Depp yang menghasilkan filem cereka terakhir, The Brave pada 1997. Karya itu turut menampilkan Marlon Brando sebagai pelakon.

    THR melaporkan, dalam projek terbaharu filem Modigliani, Depp akan menjadi penerbit bersama dengan Al Pacino dan Barry Navidi.

    Portal itu juga menjelaskan, filem Modigliani berteraskan pementasan Dennis Mclntyre dan diadatasi ke layar perak oleh Jerzy dam Mary Kromolowski.

    Filem berkisar detik 48 jam dalam kehidupan Modigliani di Paris, Perancis pada 1916 menyaksikan seniman itu memperkukuhkan reputasi sebagai pelukis dan pengukir legenda yang disegani ramai.

    Kerja produksi filem berkenaan akan bermula di Eropah pada musim bunga 2023 dengan senarai pelakon dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

    Awal Jun lalu, Depp, 58, menarik perhatian ramai selepas memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, yang menyaksikan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta.

    Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu. – Agensi

    Johnny Depp kembali ke arena perfilman setelah perbicaraan mahkamah antara Depp dengan isterinya berakhir Jun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...