Johnson adakan perjumpaan dengan ketua puak asli di NZ

WELLINGTON, 24 Julai – Setiausaha Luar Britain yang cenderung membuat kesilapan, Boris Johnson apabila mengunjungi ketua-ketua puak asli di New Zealand hari ini, telah menyamakan sapaan tradisional Maori itu seperti berlaga kepala.

Johnson memulakan lawatan dua hari dengan lawatan ke marae, atau rumah perjumpaan orang asli Maori di Kaikoura, bandar Pulau Selatan yang dilanda gempa bumi besar tahun lalu.

Ketika berada di sana dia disambut dengan hongi, adat mengalu-alukan bagi orang asli Maori yang mana dua orang menggosokkan hidung antara satu sama lain.

Ritual ini melambangkan perkongsian nafas kehidupan, tetapi Johnson berkata dia bimbang tentang bagaimana ia akan diterima di Scotland, yang di situ pengamalan adat ‘Glasgow kiss’ atau berlaga.

“Terima kasih kerana mengajarkan saya hongi. Saya berpendapat ia bentuk pengenalan yang cantik, meskipun ia mungkin disalah tafsir di pub di Glasgow jika anda hendak mencubanya,” ujarnya.

Boris Johnson mendedahkan memorial UK baru di Taman Memorial Perang Pukeahu di Wellington pada 24 Julai. – AFP
Boris Johnson mendedahkan memorial UK baru di Taman Memorial Perang Pukeahu di Wellington pada 24 Julai. – AFP

Johnson juga berseloroh bahawa ‘marae memiliki tradisi kepimpinan kuat wanita, yang juga kami miliki di tanah air,” dengan merujuk kepada ketuanya, Perdana Menteri Britain Theresa May.

Johnson yang dalam lawatan dua hari ke New Zealand yang dijangka menumpu pada perdagangan, dasar luar dan isu-isu keselamatan antarabangsa.

Manakala di Wellington, Johnson juga merasmikan memorial perang dan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri New Zealand Bill English.

Ini adalah lawatan pertama bekas datuk bandar London ke New Zealand.

“Saya juga perlu menyatakan bahawa ini adalah negara yang teramat cantik yang mengkhayalkan yang pernah saya lihat,” ujarnya.

“Saya berpendapat landskap yang boleh saya bayangkan ialah J R R Tolkien dan Lord of the Rings”. – AFP