Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Johnson bakal bertemu ahli parlimen mengenai ‘partygate’

    LONDON, 19 APRIL – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan bertemu penggubal undang-undang yang berang terhadapnya hari ini buat kali pertama sejak beliau dikenakan denda kerana melanggar peraturan, ketika skandal ‘partygate’ terus membayanginya.

    Pemimpin United Kingdom (UK) itu berdepan kekecohan pertama selepas dikenakan denda minggu lalu kerana melanggar peraturan perintah berkurung COVID dalam satu acara pada 2020, menolak gesaan untuk meletak jawatan.

    Tetapi Johnson menjangkakan lebih banyak desakan dalam beberapa hari ketika House of Commons kembali bersidang daripada cuti Easter, dengan ahli parlimen ingin mengetahui mengapa beliau berulang kali menegaskan kepada mereka bahawa tiada peraturan telah dilanggar.

    Mengelirukan parlimen secara terang-terangan adalah melanggar etika tatatertib menteri-menteri kerajaan, yang menyatakan mereka harus meletak jawatan atas sebab itu, dan penggubal undang-undang pembangkang menegaskan beliau perlu mundur.

    Johnson menjadi pemimpin Britain moden pertama yang didenda kerana melanggar peraturan dan berdepan kemungkinan denda tambahan ketika polis menyiasat beberapa kejadian melanggar peraturan di Downing Street.

    Pemimpin berusia 57 tahun itu dilaporkan cuba mengetepikan kontroversi dengan ungkapan ‘urusan seperti biasa’ pada minggu ini, yang merangkumi lawatan dua hari ke India bermula Khamis.

    “Perdana menteri akan memberikan hujahnya dan akan menerangkan mengenai acara itu serta berdepan persoalan daripada ahli parlimen,” menteri kerajaan, Greg Hands memberitahu Sky News, kelmarin. – AFP

    Johnson akan bertemu penggubal undang-undang buat kali pertama sejak beliau dikenakan denda kerana melanggar peraturan.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...