Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Johnson bakal sertai kejohanan LIV AS$25 juta

    LONDON, 1 JUN – Bekas pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson akan bermain dalam acara sulung Siri Jemputan Gold LIV bernilai AS$25 juta di England, di padang golf baharu yang dibiayai oleh Arab Saudi, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Juara dua kali dalam kejohanan utama tersebut berkata pada Februari lalu, dia pernah mengongsikan bahawa dia akan setia bersama dengan Jelajah PGA AS tetapi sebaliknya Johnson adalah salah seorang daripada dua pemain ranking 20 teratas yang telah disenaraikan bermain di padang tersebut untuk kejohanan 54 lubang yang akan bermula pada 9 Jun ini.

    Sementara itu, bekas juara Terbuka Britain dan pemain nombor ke-20 dunia, Louis Oosthuizen, bekas juara Masters, Charl Schwartzel dan Sergio Garcia, ditambah dengan bekas juara Terbuka AS, Graeme McDowell serta Martin Kaymer juga akan hadir pada kejohanan tersebut.

    Walau bagaimanapun, Jelajah PGA AS telah menolak permohonan mereka untuk bermain pada acara LIV, di mana kejohanan berkenaan akan bertembung dengan Terbuka Kanada yang akan berlangsung minggu hadapan.

    Selain itu, juara utama enam kali, Phil Mickelson tidak disenaraikan walaupun sebelumnya telah memberikan sokongan kepada kejohanan Arab Saudi berkenaan.

    Kejohanan di Kelab Centurion di St Alban, utara London, akan mempunyai keuntungan yang besar dalam sejarah golf dengan keuntungan pada AS$25 juta, hampir dua kali ganda daripada mana-mana kejohanan utama, dengan AS$4 juta hadiah yang akan diberikan kepada pemenang.

    Winkler seterusnya menjelaskan mengenai perubahan fikiran oleh Johnson, lebih kurang tiga bulan sejak dia menyatakan bahawa dia komited dengan Jelajah PGA. – AFP

    Dustin Johnson membaling tualanya ke arah caddie semasa perlawanan pusingan kedua dalam kejohanan PGA di Southern Hills Country Club, 20 Mei yang lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...