Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Johnson bangkit selepas tahun 2021 yang suram

SAN DIEGO, 26 JAN – Dustin Johnson akan membuat penampilan 2022 di Terbuka Farmers Insurance di California hari ini dan berharap untuk kembali selepas tahun 2021 gagal mencatat sebarang kemenangan.

Juara kejohanan utama dua kali dan bekas pemain nombor satu dunia menahan kekecewaannya tahun lalu, kerana gagal untuk memenangi kejuaraan untuk kedua kalinya sejak dia menyertai Jelajah PGA 2008.

Johnson, yang kali terakhir menyertai kejohanan semasa kejuaraan di Piala CJ di Las Vegas pada Oktober lalu, memilih untuk mengambil cuti rehat yang panjang berikutan dengan pertandingan di Nevada, di mana dia menamatkannya dengan seri untuk kedudukan di tangga ke-45.

Hal tersebut telah membuatkan pemain nombor empat dua berasa segar ketika dia bersedia untuk menangani susun atur yang mencabar di Torrey Pines di luar San Diego minggu ini.

“Saya hanya memerlukan permulaan baharu dengan minda, tubuh badan, segala-galanya,” kata Johnson kelmarin.

“Saya sangat terdesak dengan prestasi bermain saya pada tahun ini.”

Johnson yakin bahawa dia akan mengaut kelebihan dari rehatnya selama tiga bulan daripada golf pada penghujung tahun ini, memandangkan perlawanan playoff Jelajah PGA dan kejohanan utama lain yang datang dengan padat dan cepat.

“Ia adalah tahun yang panjang,” kata Johnson. “Terutama sekali apabila menuju ke penghujung tahun semasa kami mempunyai banyak kejohanan utama secara berterusan. Saya akan kekal berasa segar dan rehat yang mencukupi.” – AFP

Dustin Johnson bercakap kepada media sebelum kejohanan Terbuka Farmers Insurance di Padang Golf Torrey Pines, 25 Januari di La Jolla, California. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -