LONDON, 23 MAC – Perdana Menteri Boris Johnson memberi amaran kelmarin, beliau mungkin akan mengetatkan kawalan ke atas tempat awam seperti taman, pasar raya dan kafe selepas hujung minggu menunjukkan ribuan orang melanggar amaran kerajaan mengenai penjarakkan sosial.
Perdana Menteri memberi gambaran potensi langkah lebih ketat dengan angka terbaharu dari bahagian kesihatan menujukan 281 orang telah terkorban akibat COVID-19 di United Kingdom (UK), kematian yang meningkat hampir 50 orang dalam tempoh 24 jam, dan sebanyak 5,683 kes telah disahkan.
“Sila dengar nasihat dan jangan fikir udara segara akan memberikan anda imuniti,” beliau menjelaskan kepada pemberita di Downing Street. “Anda perlu berada pada jarak dua meter dari orang lain.”
Pihak kerajaan akan mengambil ‘langkah tambahan’ jika orang ramai tidak mahu mematuhi arahan, dan menteri-menteri sedang meneliti langkah-langkah yang akan diambil, beliau menambah.
“Jika orang ramai tidak mahu mematuhinya, kami akan kenakan langkah yang lebih ketat.”

Terdahulu, beliau memberi amaran bahawa Britain sedang ‘meningkat’ dalam lorong yang sama dengan Itali.
Rekod kematian di Britain mencatatkan angka yang rendah sama seperti Rom ketika membuat pengumuman lebih dari dua minggu yang lalu, pada 7 Mac, sebelum Itali menjadi negara yang paling teruk terjejas. Kelmarin, Itali berkata seramai 4,825 orang telah terkorban dari virus tersebut, satu per tiga angka di seluruh dunia.
“Kita hanya berminggu-minggu – dua atau tiga – di belakang Itali. Itali mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang sangat baik. Akan tetapi, para doktor dan jururawat turut dikalahkan oleh banyak permintaan,” kata Johnson.
Di London, bandar yang paling terjejas di UK, datuk bandar Sadiq Khan memberitahu BBC bahawa pihak polis terpaksa meningkatkan pelaksanaan penjarakkan sosial.
“Jika itu yang berlaku, orang akan terus bertindak dalam keadaan yang akan membawa kepada penyebaran wabak, dan perkara sedemikian perlu diambil kira.”
Jumaat lalu, Johnson mengumumkan beliau telah menyifatkan tindakan yang dibuatnya sebagai ‘keterlaluan’ untuk menghalang penularan, termasuk mengarahkan penutupan kedai makan. Hampir kesemua sekolah telah di tutup.
Kerisauan yang kian memuncak mengenai penularan virus dan impaknya dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) ketika pihak berkuasa di UK memberitahu bahawa 1.5 juta orang berisiko untuk terus tinggal di rumah dalam tempoh 12 minggu mendatang. – AFP