Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Johnson bertegas tidak akan letak jawatan

    MOSCOW, 24 JUN – Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson, kelmarin menegaskan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan selepas partinya tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen, lapor Sputnik.

    Pilihan raya diadakan di kawasan West Yorkshire dan Devon menyaksikan Parti Konservatif atau dikenali sebagai Tories tewas di kawasan mengundi yang sebelum ini disandang Imran Nasir Ahmad Khan dan Neil Parish. Devon sebelum ini menjadi kubu kuat Tories sejak sekurun lalu.

    Pengerusi Parti Konservatif UK, Oliver Dowden menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Johnson kelmarin dengan menyatakan ‘pilihan raya kecil Parlimen itu adalah siri terbaru keputusan yang buruk’ untuk Tories.

    Johnson sebelum ini telah berdepan dengan pelbagai desakan supaya meletak jawatan selepas beberapa siri kebocoran maklumat memaparkan beberapa majlis keramaian diadakan di pejabatnya sepanjang 2020 dan 2021, melanggar peraturan penjarakan sosial COVID.

    Tekanan memuncak selepas laporan menyatakan dua lagi majlis keramaian diadakan pada April tahun lalu, sejurus sebelum majlis pengebumian Putera Phillip ketika UK masih mengekalkan perintah kawalan pergerakan COVID serta sewaktu negara itu diisytiharkan untuk berkabung.

    Johnson selepas itu memohon maaf dan berkata beliau membayar denda yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan.

    Pada awal Jun, Johnson terselamat dalam undi tidak percaya yang diadakan Parti Konservatif dengan 211 menyokong beliau manakala 148 menolaknya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...