Thursday, January 23, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnson, Carrie sambut anak kedua

    LONDON, 9 DIS – Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson hari ini menjadi bapa sekali lagi, selepas isterinya, Carrie, melahirkan anak damit perempuan, kata Downing Street.

    ‘Anak damit perempuan yang sihat’ itu telah dilahirkan di sebuah hospital London pada awal pagi dengan ‘kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan baik’, kata jurucakap bagi pasangan tersebut.

    “Pasangan itu turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan materniti Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) atas sokongan dan penjagaan mereka,” tambahnya.

    Pengumuman itu muncul ketika Johnson berdepan kritikan berhubung pelaksanaan semula sekatan koronavirus baharu yang direka untuk mengekang penularan varian baharu Omicron.

    Beliau juga berdepan tekanan awam selepas dakwaan mengatakan yang kakitangan Downing Street telah mengadakan parti Krismas tahun lalu yang melanggar sekatan perhimpunan sosial.

    Johnson, 57, yang tiga kali berkahwin mempunyai empat orang anak daripada perkahwinan keduanya bersama peguam Marina Wheeler, dan kini dua bersama Carrie, 33, bekas penasihat media Parti Konservatif yang dikahwininya pada Mei. Anak pertama pasangan itu, Wilfred, lahir pada April tahun lalu, tidak lama selepas Johnson dirawat akibat COVID-19 di pusat rawatan rapi.

    Perdana menteri itu juga mempunyai seorang anak perempuan lain daripada hubungan sebelumnya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 6 Oktober menunjukkan Perdana Menteri Britain bersama isterinya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda