LOS ANGELES, 8 Jan – Pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson mencatatkan kemenangan menerusi lapan pukulan dalam Pertandingan Juara-Juara Jelajah PGA AS yang diadakan di Hawaii semalam.
Johnson menguasai pertandingan sejak pukulan awal pada par-73 di Plantation Coures, Kapalua yang melibatkan satu pukulan hampir mencatatkan hole-in-one pada par-empat lubang ke-12 – di mana pukulannya menghampiri enam inci untuk menghasilkan eagle.
Dia mencatatkan lapan bawah par 65 bagi 24 bawah 268 dan kejayaan Jelajah PGA AS yang ke-17 baginya, yang jelas kedap terhadap angin dan hujan yang turun sekejap-sekejap sepanjang pusingan.
“Saya tahu saya beraksi dengan baik dan ia adalah padang golf di mana saya merasa yakin,” kata Johnson.
“Saya membuat pukulan (dengan baik) minggu ini,” tambah pemain dari AS itu, yang memiliki kayu pemukul terbaru dalam begnya. “Saya tahu selama mana mampu melakukannya saya akan terus beraksi dengan baik.”
Jon Rahm dari Sepanyol berada di tempat kedua selepas 69 bagi 276 dan dilihat akan meningkat dari nombor empat kepada nombor tiga dunia menerusi penyudah tempat keduanya.
Brian Harman, yang memulakan pertandingan dengan ketinggalan dua pukulan di belakang Johnson yang mengungguli carta, menamatkan dengan satu bawah 72 bagi berada di tangga ketiga dengan 277.
Ia ketinggalan satu strok di belakang Hideki Matsuyama dari Jepun (66) dan Pat Perez (69) dari AS dan Rickie Fowler (70).
Matsuyama yang beraksi dalam tujuh lubang terakhir mencatatkan lima bawah par dengan bantuan dengan satu eagle di atas par lima lubang ke 15, di mana dia menghasilkan pukulan 10 kaki dari pin.
Tetapi Johnson meletakkan diri sukar untuk dikejar semua pemain dalam pertandingan elit 34 pemain bagi pemenang pertandingan 2017 itu. – AFP