Johnson masih terajui jelajah

WASHINGTON, 6 SEPT – Pemain Korea Selatan, Im Sung Jae membenam tiga birdie pada empat pukulan terakhir namun jaguh nombor satu dunia, Dustin Johnson masih lagi mendahului dengan kelebihan satu pukulan pada hari kedua kejuaraan Championship Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS).

Sung Jae melakukan enam di bawah par 64 untuk keseluruhan mengumpul 12 di bawah par, namun Johnson yang dilihat agak bergelut menamatkan aksi dengan melakukan birdie untuk mendahului dengan bawah 13 pukulan selepas 36 lubang di East Lake, Atalanta.

“Ia sangat mencabar. Ada kalanya saya bermain baik dan sebaliknya. Saya tidak mampu melakukan pukulan dengan lurus. Selain daripada itu, saya rasa semuanya berjalan lancar. Saya berjaya menguruskan permainan saya dengan baik.

“Saya tidak dapat meletakkan bola pada sepatutnya dengan masuk di kawasan belukar dan berpasir. Saya rasa semua kawasan saya masuk hari ini,” katanya. Sung Jae, 22, mampu menjadi juara Piala FedEx kedua termuda, dua bulan lebih tua berbanding Jordan Spieth apabila pemain AS itu merangkul gelaran berkenaan pada 2015. Johnson bergelut untuk menghalang kemaraan Sung Jae, serta dua lagi pemain Amerika Syarikat, Xander Schauffele dan Justin Thomas. – AFP

Johnson terlepas satu pukulan eagle di lubang ke-18 semasa pusingan kedua kejohanan golf di Kelab Golf East Lake pada 5 September. – AP