Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Johnson mulakan lawatan ke India

    AHMEDABAD, 21 APRIL – Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson tiba di India hari ini bagi pertemuan mengenai pelaburan yang mampu menjana pekerjaan tetapi berdepan kesukaran untuk meyakinkan rakan sejawatnya untuk menyokong barat menentang Rusia.

    Johnson tiba di Gujarat – wilayah asal Modi – di mana dia juga bertemu dengan pemimpin perniagaan dan mengadakan lawatan kebudayaan di bandar bersejarah, Ahmedabad.

    Dia akan meninggalkan New Delhi untuk bertemu rakan sejawatnya dari India esok, dan meredakan sementara kontroversi ‘partygate’ Johnson mengenai kesalahannya melanggar peraturan perintah berkurung koronavirus.

    Johnson akan terlepas undian parlimen hari ini sama ada dia secara sengaja mengelirukan House of Commons sebelum ini dengan menafikan sebarang kesalahan melanggar peraturan di Downing Street.

    Kunjungan ke India dua kali ditunda disebabkan peningkatan COVID di kedua-dua buah negara, dan kunjungan itu sekali lagi tidak dapat pastikan pada minggu ini apabila undian diumumkan, dengan pemimpin pembangkang menegaskan Johnson patut berundur.

    Tetapi sumber United Kingdom (UK) berkata ia dilihat terlalu penting untuk dibatalkan. Downing Street berkata ia akan memeterai perjanjian pelaburan dua hala bernilai lebih 1 bilion pound, menjana hampir 11,000 pekerjaan di Britain.

    Kunjungan itu akan ‘mengeratkan perdagangan strategik, pertahanan dan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara,” Johnson memberitahu parlimen sebelum meninggalkan London.

    Lawatan Johnson bermula dengan kunjungan ke Sabarmati, sebelum ini tempat kediaman Mahatma Gandhi.– AFP

    Boris Johnson semasa mengadakan lawatan ke kuil Swaminarayan Akshardham di Gandhinagar, kelmarin. Johnson bakal bertemu Narendra Modi semasa lawatan ke India.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...