Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johor bentang pelan khusus buka sempadan M’sia-S’pura

    JOHOR BAHRU, 11 OKT – Johor akan membentangkan pelan khusus mengenai keperluan membuka segera sempadan Malaysia-Singapura melibatkan Tambak Johor dan Linkedua kepada kerajaan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, Isnin depan.

    Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata pembentangan itu bukan sahaja menyentuh mengenai keperluan membuka sempadan tapi juga melihat kepada sudut mereka yang bekerja, kesan terhadap pelaburan di Johor serta mereka yang berhasrat untuk masuk melabur di negeri itu.

    “Kita perlu menjelaskan mengapa langkah ini (pembukaan sempadan) dibuat kerana kita tidak boleh terus berada dalam keadaan begini kerana ramai rakyat yang terjejas, begitu juga perniagaan-perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Pameran Inovasi Antarabangsa Asia 2020 di sini, hari ini.

    Hasni berkata Johor mempunyai sebab untuk mendapat pertimba-ngan sewajarnya atas keperluan terbabit kerana antaranya hasil cukai daripada kedua-dua pintu masuk itu menyumbang sehingga 50 peratus hasil kutipan cukai kastam kepada negara.

    “Apabila kita tidak dapat membuka sempadan ini, tentulah saya yakin dan percaya ia menjejaskan hasil perkastaman negara kita. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda