Johor catat dua kes Omicron, babitkan pasangan pulang umrah

JOHOR BAHRU, 26 DIS – Johor mencatatkan dua kes COVID-19 varian Omicron terawal melibatkan pasangan suami isteri yang baru tiba dari Arab Saudi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.

Beliau berkata dua kes Omicron yang dilaporkan semalam itu membabitkan sepasang suami isteri yang telah pergi menunaikan umrah pada 4 Dis lalu dan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 Dis.

“Ujian Saringan PCR di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Dis dikesan positif pada 18 Dis lepas. Sampel PCR tersebut kemudiannya telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom, dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron. – Bernama

Gambar fail bertarik 30 November menunjukkan sebahagian jemaah umrah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Johor mencatatkan dua kes COVID-19 varian Omicron terawal melibatkan pasangan suami isteri yang baru tiba dari Arab Saudi.- Bernama