Monday, October 2, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Johor sasar tarik pelaburan empat negara

    JOHOR BAHRU, 12 SEPT – Johor meletakkan sasaran untuk menarik pelaburan daripada empat negara iaitu Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan United Kingdom bagi tempoh enam bulan terakhir tahun ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han berkata pihaknya kini sedang giat melakukan perbincangan dengan negara terbabit, yang antara lainnya membabitkan pelaburan dalam sektor kimia, petrokimia, peranti perubatan dan pusat data.

    Beliau berkata kerajaan negeri yakin Johor akan dapat menarik sejumlah pelaburan langsung asing (FDI) terutamanya melibatkan projek berskala besar.

    “Untuk sasaran, kita (sekarang ini) tengah berbincang dengan pelbagai negara, setakat ini yang masih aktif adalah Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk peranti perubatan dan pusat data. Manakala, Korea Selatan dan Jepun pula adalah sektor kimia dan petrokimia.

    “Kita sedang usahakan untuk enam bulan kemudian, (bagaimanapun) anggaran pelaburan tidak dapat dijangkakan, sebab apabila mereka buat keputusan pelaburan akhir (FID) baharu mereka akan maklumkan (jumlah pelaburan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Keterlibatan SIRIM Bersama Industri Johor, di sini, hari ini.

    Lee berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sasaran jumlah pelaburan Johor bagi akhir tahun ini selepas negeri itu mencatatkan pelaburan tertinggi dalam negara bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun ini iaitu sebanyak RM60.9 bilion. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan