Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Jokowi akan lawat Rusia, Ukraine bulan ini

    JAKARTA, 22 JUN – Presiden Indonesia Joko Widodo akan melawat Moscow dan Kyiv pada akhir Jun serta bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky secara berasingan, lapor Xinhua.

    Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dalam sidang media hari ini berkata sempena lawatan itu, Widodo akan membincangkan krisis makanan yang berpunca daripada konflik Rusia-Ukraine.

    ‘Lawatan khas’ itu menunjukkan Indonesia, selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada November, sedang giat bertindak balas terhadap isu geopolitik yang sedang berlaku.

    Indonesia menjangkakan Rusia, sebagai anggota G20, akan menghadiri sidang kemuncak itu, manakala Ukraine turut diundang sebagai negara tamu.

    “Kami faham situasi sekarang yang sangat rumit, dan semua negara di dunia juga tahu. Oleh itu, menerusi lawatan tersebut, presiden ingin menyumbang ke arah mengatasi krisis makanan yang berpunca daripada perang dan telah menjejaskan negara miskin. Presiden mahu bertindak demi keamanan,” kata Retno.

    Beliau berkata Presiden Widodo bakal menjadi presiden pertama dari rantau Asia Tenggara yang melawat kedua-dua negara sejak konflik tercetus pada Februari tahun ini.

    Konflik antara Rusia dan Ukraine telah mendapat liputan meluas yang mencetuskan kenaikan harga makanan dan tenaga global.

    Sebelum ke Moscow dan Kyiv, Widodo akan menghadiri Sidang Kemuncak G7 di Jerman. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...