Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Jokowi dalam misi damaikan Ukraine, Rusia

JAKARTA, 30 JUN – Presiden Indonesia, Joko Widodo menawarkan diri untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky kepada pemimpin Rusia dalam usaha untuk menjadi pengantara keamanan.

Joko Widodo dalam rangka kerja ke Ukraine, mengadakan pertemuan dengan Zelensky di Istana Maryinsky di Kyiv pada Rabu, menurut kenyataan pejabat presiden Indonesia.

Presiden itu yang juga dikenali dengan panggilan mesra Jokowi, mengesahkan pendirian Indonesia dalam menghormati kedaulatan dan integriti wilayah, ketika bercakap pada sidang media dengan Zelensky.

Jokowi berkata resolusi damai amat penting walaupun sukar dicapai, dan hasrat untuk mengecapi keamanan tidak boleh luntur.

“Saya menawarkan untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Zelensky kepada Presiden (Vladimir) Putin, yang akan saya temui tidak lama lagi,” menurut kenyataan itu.

Jokowi bersama wanita pertama, Iriana Joko Widodo, termasuk Menteri Luar, Retno Marsudi berkunjung ke Poland sejurus selepas pertemuan itu.

Presiden dan delegasi itu dijadualkan berlepas ke Moscow hari ini bagi meneruskan misi keamanannya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -