Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jokowi dan Xi Jinping perkukuhkan kerjasama ekonomi

    JAKARTA, 27 JULAI – Indonesia dan China akan mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua negara malah di peringkat serantau dan dunia.

    Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden China Xi Jinping menyuarakan komitmen itu semasa mengadakan pertemuan  di Villa 14, Rumah Tamu Diaoyutai di Beijing pada Selasa.

    Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi berada di China sempena lawatan ke tiga negara di Asia timur.

    Dalam pertemuan berkenaan beliau turut membincangkan isu serantau dan global dengan rakan sejawatannya dari China itu.

    “Sebagai ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Indonesia mempunyai kedudukan penting bagi China dan rantau ini,” kata Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dalam kenyataannya selepas pertemuan itu.

    Presiden Xi menyatakan penghargaan atas sumbangan Jokowi selaku  Presiden Negara Kumpulan 20 (G20) dalam usaha memulihkan keamanan global dan keadaan kemanusiaan seperti yang dapat dilihat menerusi lawatannya ke Kyiv, ibu negara Ukraine dan Moscow, Rusia baru-baru ini.

    “Lawatan itu menurut Presiden Xi memperlihatkan tanggungjawab Indonesia sebagai sebuah negara besar,” katanya.

    Indonesia kini memegang kerusi Presiden G20 dan bakal Pengerusi ASEAN pada tahun depan. – Bernama

    Presiden Xi Jinping dan Presiden Joko Widodo semasa mengadakan pertemuan di Rumah Tamu Diaoyutai di Beijing pada 26 Julai lalu. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...