Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Jokowi gesa Bank Dunia wujudkan sistem kewangan ‘lebih adil untuk semua’

    MOSCOW, 5 SEPT – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menggesa Presiden Bank Dunia Ajay Banga menangani kritikan meluas terhadap institusi kewangan itu dengan mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil.

    “Indonesia dan negara-negara membangun lain menaruh harapan tinggi untuk anda mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil untuk semua, terutama bagi negara-negara membangun,” Sputnik memetik agensi berita Indonesia, ANTARA yang memetik Widodo sebagai berkata.

    Presiden menambah beliau yakin bahawa Banga “menyedari pelbagai kritikan terhadap Bank Dunia, termasuk oleh Setiausaha Agung PBB mengenai kurangnya perhatian terhadap kepentingan negara membangun”.

    Dalam pertemuan mereka, Widodo berkata ketidaktentuan dalam situasi global semasa menjejaskan pembangunan ekonomi sedang

    pesat membangun dan memerlukan kerjasama antara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Bank Dunia.

    Beliau juga menekankan komitmen Indonesia terhadap pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan menyeru untuk mengukuhkan komitmen terhadap pembiayaan dan pelaburan dalam tenaga hijau dan peralihan ekonomi.

    Pertemuan kelmarin diadakan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia, yang berlangsung dari 5 Ogos hingga 7 Ogos. – Bernama

    Joko Widodo menyampaikan ucapannya semasa majlis perasmian Forum ASEAN-Indo-Pasifik (AIPF). – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...