JAKARTA, 22 Ogos – Presiden Joko Widodo hari ini sekali lagi menggesa rakyat Indonesia agar tidak agresif dan berlebihan dalam memberi reaksi berhubung isu bendera negara itu yang dicetak terbalik di dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Media-media dalam talian hari ini memetik jurucakap Kepresidenan Johan Budi sebagai berkata, presiden itu juga menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia telahpun secara rasmi memohon maaf dan kerajaan Indonesia juga telah memaafkan perkara yang dianggap tidak disengajakan itu.
“Presiden sudah meminta kepada masyarakat untuk tidak memberi reaksi berlebihan terhadap perkara ini. Yang penting adalah yang disampaikan presiden, pemerintah Malaysia harus menyampaikan permintaan maaf secara rasmi, dan kelmarin kita sudah mendengar bahawa pemerintah Malaysia sudah menyampaikan permintaan maaf kepada pemerintah Indonesia,” katanya.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata