Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Jokowi kesal sikap Myanmar

    JAKARTA, 23 JAN – Presiden Indonesia Joko Widodo melahirkan rasa kesal kerana junta tentera Myanmar ‘tidak komited untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5PC)’ semasa lawatan Perdana Menteri Kemboja dan Pengerusi ASEAN, Samdech Techo Hun Sen baru-baru ini.

    Kekecewaan itu disampaikan semasa perbualan keduanya dengan Hun Sen bulan ini.

    Perbualan menerusi telefon itu berlaku pada 21 Januari atas permintaan kerajaan Kemboja untuk mengemas kini hasil lawatan dua hari Hun Sen ke Myanmar, kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan.

    Semasa perbincangan itu, kementerian berkata Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, menekankan pendekatan ASEAN terhadap Myanmar haruslah berdasarkan prinsip yang dipersetujui, khususnya 5PC.

    Beliau mengulangi bahawa pelaksanaan 5PC tidak boleh dikaitkan dengan pelan hala tuju lima perkara yang dicadangkan oleh pihak berkuasa tentera Myanmar (Majlis Pentadbiran Negeri).

    Myanmar seharusnya hanya diwakili di peringkat bukan politik pada mesyuarat ASEAN jika tiada kemajuan ketara dalam melaksanakan 5PC, kata kenyataan itu.

    Jokowi juga menggesa tentera Myanmar untuk menyediakan akses kepada Duta Khas Pengerusi ASEAN untuk berkomunikasi dengan semua pihak yang berkenaan bagi mencapai dialog nasional yang menyeluruh. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...