JAKARTA, 17 JAN – Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi memilih Nusantara sebagai nama baharu ibu negara yang dibina di pulau Kalimantan, kata seorang pegawai kanan kerajaan hari ini.
“Saya baru saja menerima penge-sahan langsung daripada presiden pada Jumaat dan beliau mengatakan ibu negara baharu dinamakan sebagai Nusantara,” kata Menteri Perancang Pembangunan Kebangsaan, Suharso Monoarfa, pada satu mesyuarat bersama jawatankuasa khas bagi pembangunan ibu negara baharu di Dewan Perwakilan di Jakarta Tengah.
Menteri itu menerangkan alasan bagi memilih Nusantara adalah kerana nama itu sudah sekian lama dikenali. Ia adalah perkataan ikonik antarabangsa, mudah dan ia menerangkan gugusan kepulauan Republik Indonesia,” kata Monarfa, menambah, “Dan saya kira, kita semua setuju dengan nama Nusantara.”
Rancangan untuk menempatkan semula ibu negara dari pulau paling padat penduduk di Jawa pertama kali diumumkan oleh kerajaan dalam April 2019. Beberapa bulan kemudian, Jokowi mengumumkan dua daerah di wilayah Kalimantan Timur yang merupakan Penajam Paser Utara dan Kutai Kertanegara akan dijadikan tapak bandar ibu negara baharu.
Dengan kawasan seluas 127,000 kilometer persegi, Kalimantan Timur merupakan kediaman kepada lebih 3.7 juta penduduk. – Xinhua