Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Jokowi terima suntikan penggalak buatan tempatan

    JAKARTA, 24 NOV – Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima suntikan vaksin penggalak COVID-19 kedua hasil keluaran tempatan, IndoVac di kediaman presiden di Bogor hari ini.

    Vaksin yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal milik kerajaan Bio Farma dan Baylor College of Medicine yang berpangkalan di Texas mendapat kelulusan agensi makanan dan ubat Indonesia untuk kegunaan kecemasan pada 28 September.

    Jokowi menggesa orang ramai terutamanya petugas kesihatan dan warga emas untuk mendapatkan suntikan bagi mewujudkan imuniti kelompok dan mencegah penularan virus.

    Indonesia memulakan program vaksinasi pada Januari 2021, dan hampir 205 juta rakyatnya menerima dos pertama setakat ini, manakala 172 juta orang telah lengkap dua dos vaksin.

    Kira-kira 66 juta orang menerima suntikan penggalak atau dos ketiga manakala 730,000 telah menerima dos keempat, katanya selepas menerima suntikan itu, menurut kenyataan media. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...