Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Jollibee telah melancarkan menu terbaru ‘Jolly Kiddie Meal’ bersama empat maskot baru pada majlis pelancaran yang diadakan di Lantai Bawah, The Mall, Gadong, hari ini.
Acara berkenaan dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan pelbagai aktiviti antaranya peraduan mewarna untuk kanak-kanak, permainan belon, persembahan sulap, cabutan hadiah bertuah dan banyak lagi.
Sempena acara berkenaan, Jollibee juga merasmikan empat maskot ikon Jollibee baru iaitu Hetty, Yum, Twirlie dan Popo.
Menurut Ketua Pemasaran Jollibee, Leony Rodriquez, dengan pelancaran ‘Jolly Kiddie Meal’, setiap pembelian satu set menu berkenaan, pelanggan akan mendapat hadiah permainan percuma.
“Ada tiga jenis ‘Jolly Kiddie Meal’, antaranya ‘Jolly Kiddie Meal’ bersama satu ketul ‘Chickenjoy’ dan Milo, ‘Jolly Kiddie Meal’ bersama Spageti dan Milo, ‘Jolly Kiddie Meal’ bersama ‘Yum Burger’, Ubi Kentang dan Milo,” jelasnya.
Majlis pelancaran berkenaan, yang dihadiri oleh lebih 200 orang kanak-kanak dan ibu bapa, dimeriahkan dengan persembahan tarian oleh maskot-maskot baru berkenaan.