Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Jom bantu orang memerlukan darah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Daerah Tutong, kini dibukakan semula untuk orang ramai menderma darah pada hari-hari waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kementerian berkenaan turut menyatakan bahawa Jabatan Perkhidmatan Makmal kini sedang giat mengadakan kempen derma darah bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022 sepanjang bulan ini.

    Esok kempen akan diadakan di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) cawangan Airport Mall anjuran Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

    Pada 23 Jun pula, kempen akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas anjuran Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 bagi Minggu Perubahan Iklim dari 10 pagi hingga 2 petang; dan 25 Jun di McDonald’s Lambak anjuran Brunei Gas Carriers dari 10 pagi hingga 4 petang.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Daerah Temburong juga akan mengadakan kempen derma darah pada 25 Jun di bilik persidangan hospital berkenaan dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

    Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah atau semasa kempen-kempen derma darah. Mereka yang berhasrat untuk menderma darah digalakkan menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad terlebih dahulu.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook (@bloodbank.ripas).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...