Jom bermunajat bersama KHEU

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengajak orang ramai untuk bersama-sama mempertingkatkan amalan selain amalan yang lazim sebagai usaha membendung penularan COVID-19 di negara ini dengan mengikuti Majlis
Malam Munajat yang diadakan setiap Sabtu secara maya.

Majlis seterusnya akan diadakan esok bermula pukul 6:45 petang selepas menunaikan sembahyang Fardu Maghrib, Sunat Taubat dan Sunat Hajat di kediaman masing-masing.

Pengisian majlis termasuk bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin, berzikir, merafakkan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terhindar dan terselamat daripada segala bala bencana dan penyakit merbahaya khasnya wabak COVID-19 yang melanda negara.

Majlis juga akan diisikan dengan bacaan Asma’ul Husna dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai majlis berkenaan bolehlah memasuki pautan http://tiny.cc/munajatkhaskheu21 atau mengikuti secara langsung melalui Instagram
@pdi_kheu.