Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Jom derma darah!

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai kempen-kempen yang diadakan oleh Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan dan menderma darah dalam sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam.

    Pusat Pendermaan Darah akan mengadakan kempen derma darah pada 23 September di Unicorp Sdn Bhd, Tapak Perindustrian Beribi bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang.

    Manakala itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) juga akan mengadakan kempen serupa pada 20 September di tempat pengambilan darah hospital berkenaan sempena Ulang Tahun Jubli Perak Hospital PMMPMHAMB, bermula pukul 10 pagi hingga 12 te-ngah hari dan 1:30 petang hingga 3 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...