Jom derma darah esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Pusat Pendermaan Darah, Kementerian Kesihatan akan mengendalikan satu lagi kempen menderma darah pada 15 Ogos ini di Unicorp Sdn Bhd, Kompleks Perindustrian Beribi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, kempen anjuran Unicorp Sdn Bhd itu akan berjalan dari pukul 10 pagi hingga 3 petang dan dibukakan kepada orang ramai.

Kenyataan menyatakan, pendermaan darah secara kerap dan sukarela adalah penting bagi memastikan stok bekalan darah sentiasa di tahap yang sihat dan mencukupi bagi menampung penggunaan di kesemua hospital di Negara Brunei Darussalam.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan menggalakkan orang ramai untuk menderma darah semasa kempen-kempen derma darah atau datang ke Pusat Pendermaan Darah.

Dalam pada itu, orang ramai juga diingatkan untuk mengimbas kod QR dan mengamalkan penjarakan sosial di tempat-tempat kempen derma darah diadakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 samb. 5745 / 6001 atau e-mel kepada [email protected] dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook (@bloodbank.ripas).