Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jom ke jerayawara Nissan

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Nissan Brunei menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang jerayawara Travel to Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Membeli-belah OneCity.

    Antara model kereta yang dipamerkan semasa jerayawara tersebut ialah Nissan Terra 2WD, Nissan Navara PRO 4X dan model terbaharu Nissan Magnite.

    Pelanggan yang mendaftar nama dan membuat sebarang pertanyaan semasa jerayawara itu berpeluang memenangi set Insta 360 X3.

    Dalam pada itu, pelanggan yang berjaya mendaftar mana-mana model Nissan yang dipamerkan akan berpeluang mendapatkan hadiah percuma tambahan secara individu, tertakluk kepada terma dan syarat.

    Bagi yang mendaftar Nissan Terra 2WD dan Nissan Navara PRO 4X akan berpeluang memenangi pakej penginapan tiga malam di Kota Kinabalu dan baucar membeli-belah.

    Manakala, pelanggan yang mendaftar bagi Nissan Magnite (auto dan manual) akan berpeluang memenangi pakej penginapan dua malam di Kota Kinabalu dan baucar membeli-belah.

    Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi jerayawara itu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai model Nissan yang tersedia.

    Pengunjung membuat pertanyaan mengenai model Nissan yang dipamerkan semasa jerayawara Travel to Sabah di Pusat Membeli-belah OneCity. – Gambar serahan Nissan Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...