Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jom menderma darah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Orang ramai diseru untuk terus membantu menderma darah memandangkan bekalan semua jenis darah berkurangan pada masa ini.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, menjelaskan Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal memerlukan bantuan orang ramai untuk meningkatkan bekalan darah di pusat tersebut.

    Sehubungan itu, orang ramai bolehlah menderma darah dengan mengunjungi Pusat Pendermaan Darah bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja.

    Pusat itu juga akan mengadakan kempen-kempen derma darah seperti yang dijadualkan dan menyeru penyertaan orang ramai.

    Kempen-kempen derma darah akan diadakan pada 3 Oktober di Tokyo Hall, Tingkat 2, Airport Mall anjuran The Destination dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

    Pada 4 Oktober di Atrium, Kompleks Membeli-belah One City, Sungai Hanching anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan, pada waktu yang sama, manakala pada 5 Oktober di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Landasan Lama anjuran Jabatan Kerja Raya, dari 9 hingga 11 pagi.

    Pada 6 Oktober, kempen akan diadakan di Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong sempena Hari Belia Kebangsaan, anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen tersebut adalah sangat digalakkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...