Jom menderma darah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan beberapa kempen derma darah pada minggu ketiga Januari ini.

Pada 19 Januari, kempen akan dianjurkan oleh Burger King di cawangannya di Citisquare diikuti pada 21 Januari anjuran TRICOR (B) Sdn Bhd di pejabatnya di bilik 204-205A, Tingkat 2, Wisma Jaya, Jalan Pemancha di ibu negara.

Manakala itu, pada 23 Januari depan, Golden Bowling Company akan menganjurkan kempen serupa di Golden Bowling, Airport Mall.

Kempen-kempen berkenaan akan dijalankan dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Sehubungan ini, Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, mengalu-alukan orang ramai untuk memberi sokongan kepada kempen berkenaan dengan mengunjungi salah satu lokasi kempen diadakan.

Dalam pada itu, orang ramai juga diingatkan untuk mengimbas kod QR dan mengamalkan penjarakan sosial di tempat-tempat kempen derma darah diadakan. Kenyataan menyatakan, Pusat Pendermaan Darah pada masa ini memerlukan semua jenis darah, terutama sekali jenis AB, bagi kegunaan pemindahan darah pesakit-pesakit di semua hospital kerajaan.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi mengadakan kempen derma darah, hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 atau 6002 atau e-mel kepada [email protected] dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.