Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Orang ramai dialu-alukan untuk tampil ke hadapan dalam menghulurkan khidmat bakti dengan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya untuk menambahkan bekalan darah negara.

    Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan beberapa kempen derma darah iaitu pada 21, 22 dan 27 November.

    Pada 21 dan 22 November, kempen akan diadakan di Unit G.12, Lantai Bawah, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) sempena Hari Bakarih Yayasan bermula 10 pagi hingga 2 petang.

    Manakala itu, pada 27 November, ia akan diadakan di Unit 17&18, Tingkat 2, Blok A, Bangunan Haji Awang Metussin, Kampung Kiulap anjuran Persatuan Hokkien Brunei yang bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen berkenaan adalah sangat digalakkan.

    Orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp di talian 8775745 dan 7375745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...