Jones juara Terbuka Australia

SYDNEY, 8 DIS – Matt Jones menyertai beberapa pemain elit dengan kemenangan kedua di Terbuka Australia hari ini, menghadapi tekanan besar di lubang ke sembilan daripada pemain Afrika Selatan Louis Oosthuizen untuk meraih kemenangan.

Pemain berusia 39 tahun, yang membesar dengan bermain golf di Kelab Golf Australia di Sydney sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat, membuat 69 pukulan di pusingan akhir untuk menempah satu tempat di Kejohanan Terbuka 2020 di Royal St George.

Dia menyertai pemain-pemain seperti Aaron Baddeley, Jordan Spieth dan Robert Allenby yang seangkatan dengan zamannya telah memenangi dua Piala Stonehaven.

Pada cuaca yang panas, dia berakhir 15 di bawah par untuk kejohanan itu, mengatasi Oosthuizen, yang akan bersaing untuk Piala Presiden menentang pemain Amerika yang dipimpin oleh Tiger Woods di Melbourne minggu ini dengan persembahan yang mengagumkan.

Pemain ke-24 dunia itu bergerak di antara dua pukulan Jones dengan melakukan birdie berturut-turut di lubang ke-10 dan ke-11 dan tenggelam di lubang ke-18 dalam 66 pukulannya, meninggalkan Australia yang memerlukan par untuk menang di lubang terakhirnya.

Pukulan kedua Jones terkena pokok dan mendarat di pasir, tetapi menimbulkan perasan gemuruh untuk mencapai kawasan ‘green’ dan menamatkan tekanan dengan pukulan leret untuk meraih kemenangan.

“Ia tidak mudah di luar sana hari ini, keadaan sukar dan saya berjaya melakukannya,” kata Jones, yang mendahului dengan tiga pukulan dalam pusingan akhir dan begitu gembira layak ke kejohanan besar yang lain.

Pemain Japan Takumi Kanaya yang berada di kedudukan tertinggi amatur dan pemain Australia Pike berakhir dengan terikat untuk memenangi tempat ketiga dengan enam pukulan ketinggalan di belakang Jones. Kedua-dua mereka layak memasuki Terbuka British tahun depan. – AFP

Pemain Australia Matt Jones bergambar dengan Piala Stonehaven selepas memenangi Kejohanan Golf Terbuka Australia di Sydney. – AP