Jones sasar kemenangan dalam heavyweight

HOUSTON, 18 OGOS – Juara light heavyweight UFC, Jon Jones berkata dia akan meninggalkan gelarannya dan mungkin akan beralih kepada heavyweight.

Jones membuat pengumuman tersebut menerusi Twitter kelmarin, meskipun UFC tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut.

Jones dan UFC sama-sama mengakui perundingan yang kontroversial dalam beberapa minggu kebelakangan ini mengenai pertarungan juara yang sudah lama memegang gelaran dan beralih kepada divisyen berat 205 paun. Perbincangan itu akhirnya memuncak pada Jones yang memutuskan untuk menarik diri dari divisyen yang telah didominasinya ketika pertarungan.

“Hari ini (kelmarin) saya mengesahkan bahawa saya akan meninggalkan kejuaraan light heavyweight,” tulis Jones. “Ia secara rasminya akan menjadi rebutan. Ia adalah pengembaraan yang hebat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pesaing saya, UFC dan yang paling penting, peminat-peminat saya.”

Jones, berusia 33 tahun, memikirkan secara serius mengenai keputusannya untuk beralih kepada heavyweight, di mana Stipe Miocic selaku juara bertahan selepas mengalahkan musuh utama Jones, Daniel Cormier, dalam pertarungan ketiga mereka Sabtu lalu. – AP

Aksi Jones pada perlawanan yang lalu. Jones berkata dia mungkin akan beralih kepada heavyweight. – AP