Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joong Ki jalani pengasingan diri

    Pelakon terkenal Song Joong Ki masih menjalani pengasingan diri selepas menjadi kontak rapat seorang pesakit COVID-19 sejak baru-baru ini.

    Memetik laporan Soompi, Song Joong Ki mengambil langkah untuk melakukan ujian saringan sebaik sahaja mengetahui bertemu dengan seseorang yang dijangkiti virus itu.

    Biarpun dapat menarik nafas lega apabila keputusan ujian tersebut adalah negatif namun pelakon drama siri popular Vincenzo itu tetap mahu menjalani kuarantin mengikut tempoh yang sepatutnya.

    “Baru-baru ini, Song Joong Ki dimaklumkan bahawa dia adalah kontak rapat seorang pesakit COVID-19. Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, dia terus membuat ujian saringan.

    “Keputusan ujian itu adalah negatif tetapi demi langkah berjaga-jaga, dia tetap menjalani kuarantin kendiri selepas saja keputusan itu keluar.

    “Dia mengetahui keputusan itu pada Khamis lalu dan sehingga kini masih kuarantin,” kata wakil industri.

    Malah agensi pengurusan Song Joong Ki turut mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa semua aktiviti seni selebriti itu akan disusun semula selepas selesai kuarantin. – Agensi

    Meskipun disahkan negatif, Song Joong Ki tetap menjalani pengasingan diri setelah menjadi kontak rapat pesakit COVID-19. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda