Jordan guna dron pantau lockdown

AMMAN, 5 APRIL – Jordan berkata ia akan menggunakan dron dan kamera pengawasan untuk memantau pematuhan perintah berkurung yang dikenakan di seluruh negara untuk mengawal penyebaran koronavirus.

“Angkatan bersenjata dan perkhidmatan keselamatan akan memastikan perintah berkurung dihormati dengan menggunakan teknologi moden seperti dron dan kamera pengawasan, beritahu menteri maklumat negeri, Amjad al-Adayleh pada taklimat media lewat semalam.

Jordan telah mengisytiharkan lima orang terbunuh dan 323 kes dijangkiti COVID-19.

Adayleh, yang juga berkhidmat sebagai jurucakap kerajaan, mengingatkan pihak berkuasa akan ‘mengambil tindakan keras ke atas sesiapa yang mengingkari keputusan’ yang diambil untuk membendung wabak.

Jordan berkata ia telah menahan sekurang-kurangnya 1,600 orang kerana melanggar perintah berkurung, yang mengenakan denda berat dan telah berkuat kuasa sejak bulan lalu.

Ia telah menutup ibu negara dan semua wilayah negara, menggantung penerbangan masuk dan keluar dari Jordan, menutup sekolah dan mengharamkan semua perhimpunan awam. – AFP