Jordan kecam tindakan Kosovo, Serbia

AMMAN, 8 SEPT – Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan kelmarin membantah keputusan Kosovo dan Serbia untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis, menyifatkan ia sebagai ‘pelanggaran yang jelas’ terhadap undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Daifallah Fayez berkata keputusan itu jelas mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Beliau berkata resolusi itu jelas menyatakan Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diduduki menyaksikan undang-undang antarabangsa diguna pakai. – Bernama