Jordan lancar jalur pergelangan elektronik

AMMAN, 5 JULAI – Jordan semalam mula meletakkan gelang elektronik pada pelawat yang baru-baru ini tiba di negara untuk memastikan mereka menjalani kuarantin dalam rumah untuk mengawal penularan koronavirus, kata seorang pegawai.

Pelawat yang tiba di Jordan mesti mengasingkan diri selama 14 hari di hotel yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di pantai Laut Merah, barat ibu negara Amman.

Selepas tempoh itu, mereka mesti mengasingkan diri untuk 14 hari tambahan di rumah, menurut Nizar Obeidat, jurucakap untuk pasukan petugas virus Jordan.

Beliau memberitahu televisyen Al-Mamlaka bahawa ‘penggunaan gelang elektronik bermula semalam untuk mereka yang mengasingkan diri di rumah’ demi memastikan peraturan kuarantin dipatuhi.

Jordan mengenakan langkah ketat, termasuk perintah berkurung dan penggunaan dron untuk mengawal penularan COVID-19, sebelum melonggarkan dasar tersebut pada awal Jun.

Beberapa negara di seluruh dunia telah beralih kepada peranti penjejak elektronik termasuk gelang dan jam tangan pintar yang disambung kepada aplikasi khas untuk membendung penyebaran koronavirus. – AFP