Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Jordan, Malaysia bincang tingkat hubungan ekonomi

    AMMAN, 13 OKT – Persatuan Peniaga Jordan (JBA) berminat menjalin kerjasama dengan rakan-rakan mereka di Malaysia bagi membina perkongsian strategik dalam bidang pelaburan pada tahun depan demi memenuhi kepentingan bersama antara kedua-dua negara.

    Inisiatif ini dibincangkan antara Presiden JBA Hamdi Tabbaa dan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Amman, Wan Faizatul Afzan Ismayatim semasa sesi mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat JBA kelmarin.

    Kedua-dua belah pihak turut membincang kan mekanisme untuk membangunkan hubungan ekonomi dua hala, menekankan keperluan mengadakan mesyuarat dalam mengenal pasti sektor ekonomi penting dan peluang pelaburan utama serta meningkatkan rangkaian antara ahli perniagaan dua negara, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) memetik kenyataan JBA.

    “Jordan dan Malaysia berkongsi hubungan “bersejarah yang erat” dan sentiasa berkembang, tetapi memerlukan usaha untuk mengukuhkannya,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...