IRBID, 10 Feb – Dana yang dikendalikan oleh kerajaan kelmarin memulakan satu projek utama untuk memasang kira-kira 200,000 pemanas air solar dan 100,000 sistem elektrik solar di rumah-rumah seluruh negara itu dalam satu usaha untuk menggalakkan peralihan seluruh negara terhadap tenaga yang boleh diperbaharui dan pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.
Dana Penjimatan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui Jordan (JREEEF), menandatangani perjanjian hari ini bersama 20 badan amal di utara Irbid untuk memulakan pemasangan sebenar sistem-sistem solar itu.
Di bawah projek itu, dana itu akan mengurangkan kos bagi setiap rumah dengan 50 peratus sementara 50 peratus lagi boleh dibayar dengan kos harga melalui pelbagai saluran.
Sebuah majlis telah diadakan bagi menandakan penubuhan projek itu yang juga memerlukan peranan pemasangan satu juta mentol jimat tenaga.
Pengarah JREEEF, Rasmi Hamza berkata projek itu terutamanya menyasarkan rumah-rumah yang mana pemakaian bulanan elektrik kurang daripada 600 kilowatt.
Dia menerangkan bahawa langkah itu menyasarkan untuk meningkatkan kebergantungan terhadap tenaga bersih dan mengurangkan bil besar yang kerajaan bayar untuk menyokong sektor tenaga itu. Dia berharap 20 peratus rumah-rumah di kerajaan itu menggunakan pemanas air solar.
Pada peringkat seterusnya, Hamza berkata dana itu akan melancarkan program-program serupa yang menyasarkan bangunan-bangunan awam, termasuk sekolah-sekolah dan tempat-tempat ibadah serta sektor-sektor perkhidmatan. – NNN