Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jordan naikkan harga minyak

    AMMAN, Jordan, 1 Feb – Jordan telah membuat keputusan untuk menaikkan harga-harga minyaknya, menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Galian, kelmarin.

    Dalam bulan Februari, harga-harga akan naik dari tiga ke sembilan peratus, menurut kementerian itu.

    Harga bagi minyak unleaded 90 octane akan meningkat tujuh peratus, unleaded 95 octane dengan sembilan peratus dan harga minyak tanah dan minyak diesel akan meningkat tiga peratus.

    Pihak kementerian menambah, kenaikan itu adalah disebabkan meningkatnya harga minyak global, dan juga satu sokongan kepada bajet negara.

    Bagaimanapun, pihak kerajaan berkata, ketika ini ia tidak akan mengubah harga elektrik dan gas bagi kegunaan rumah. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda