Jordan sumbang AS$100 juta untuk kesaksamaan antara kaum

CHARLOTTE, 7 JUN – Michael Jordan dan Jordan Brand menyumbangkan AS$100 juta kepada organisasi yang dikhaskan untuk mempromosikan keadilan kaum dan keadilan sosial.

Jordan dalam satu kenyataan bersama di media sosial, Jordan dan Jordan Brand mengatakan wang akan disumbangkan adalah untuk lebih dari 10 tahun dengan tujuan “memastikan kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan akses yang lebih besar dalam pendidikan.”

“Black lives Matter” kata kenyataan itu. “Ini bukan kenyataan kontroversial. Sehingga perkauman yang menggugat institusi negara kita gagal sepenuhnya, kita akan tetap komited untuk melindungi dan memperbaiki kehidupan orang kulit hitam.”

Jordan, yang juga selaku bekas pemain Chicago Bulls yang berusia 57 tahun, adalah pemilik pasukan Charlotte Hornets. The Jordan Brand adalah anak syarikat Nike, syarikat gergasi kasut yang menjanjikan pada awalnya sebanyak AS$40 juta selama empat tahun akan datang untuk menyokong komuniti kulit hitam.

Jordan juga mengeluarkan kenyataan pada Isnin lepas mengenai George Floyd atas pembunuhan orang kulit hitam ketika dalam tahanan polis.

“Saya sangat sedih, benar-benar sedih dan marah,” kata Jordan.

“Saya melihat dan merasa-kan kesakitan, kemarahan dan kekecewaan semua orang.

Saya berdiri dengan mereka yang menyeru perkauman dan keganasan yang tertanam pada orang-orang kulit berwarna di negara kita. Kami sudah puas merasakan.”

Floyd berada dalam tahanan seorang polis di bandar Minneapolis menekan lutut ke lehernya ketika dia merayu agar dilepaskan kerana dia tidak dapat bernafas. Derek Chauvin didakwa dengan pembunuhan tahap ketiga dan pembunuhan tahap dua. – AP

Bekas bintang NBA Michael Jordan ketika bercakap semasa memberi penghormatan untuk Kobe Bryant dan anak perempuannya Gianna di Los Angeles. Jordan melahirkan kesedihan dan kekecewaan terhadap insiden yang menimpa Floyd. – AP