Jordan ‘terkejut’, derma AS$1 juta

LOS ANGELES, 11 SEPT – Legenda NBA, Michael Jordan mendermakan AS$1 juta bagi usaha bantuan di Bahamas yang teruk dilanda hurikan, menurut jurucakapnya.

Dalam satu kenyataan di Twitter, pemilik Charlotte Hornets, Jordan berkata bahawa dia ‘terkejut’ dengan kemusnahan akibat Dorian ke atas kepulauan Caribbean itu.

Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban dan ribuan yang lain di negara pulau itu dipindahkan.

“Simpati saya buat semua orang yang menderita dan mereka yang kehilangan orang tersayang,” menurut kenyataan dari Jordan.

Jordan berkata dia menyasarkan untuk mengagihkan dana kepada agensi-agensi bukan berdasarkan keuntungan di rantau tersebut, di mana wang tersebut akan memberikan impak yang besar.

“Penduduk Bahamas kuat dan tabah, saya harap sumbangan saya akan membantu mereka semasa pemulihan daripada ribut kuat itu,” tambahnya. – AFP