Jordan tumpu giatkan semula sektor pelancongan

AMMAN, 16 JUN – Jordan kelmarin memperkenalkan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan COVID-19 terhadap sektor pelancongan negara ini, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah-langkah itu termasuk cukai jualan dikurangkan daripada 16 peratus menjadi lapan peratus, dan kerajaan memperuntukkan 150 juta dinar (sekitar AS$210 juta) untuk membiayai program pelancongan. Pinjaman dengan kadar bunga yang rendah juga ditawarkan, kata Menteri Pelancongan dan Kepurbaan Jordan, Majd Shwiekeh, dalam sidang media pada Isnin.

“Pelancongan antara sektor terpenting kepada ekonomi kita dan kini ia terjejas akibat krisis kesihatan,” katanya. Tambah beliau, buat masa ini Jordan bergantung kepada mempromosikan pelancongan domestik sehingga lapangan terbang dibuka semula. – Bernama