Jordana Brewter dan Andrew Form berpisah

Pelakon Jordana Brewster dan Andrew Form dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dan merancang untuk sama-sama menjaga dua orang anak mereka, Julian, 6 dan Rowan, 3.

Memetik laporan Hollywoodlife, Jordana Brewter, 40, dan suaminya Andrew Form, 48, membuat keputusan itu secara rahsia pada awal tahun ini selepas 13 tahun berkahwin.

Menurut sumber terdekat, pelakon filem Fast And The Furious dan penerbit filem itu tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa bersama-sama.

“Mereka masih saling menghormati satu sama lain dan mahu memberi keutamaan dalam penjagaan dua orang anak mereka,” kata sumber.

Jordana dan Andrew pertama kali membaca ikrar perkahwinan mereka pada Mei 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Pulau Nevis. – Agensi

Jordana dan Andrew secara rahsia berpisah pada awal tahun ini selepas 13 tahun berkahwin. – Agensi