Jose Fonte mahu tinggalkan Southampton

LONDON, 6 Jan – Kapten Southampton, Jose Fonte telah membuat permintaan pemindahan rasmi, umum kelab tersebut kelmarin, dengan Manchester United, Liverpool dan Manchester City kesemuanya dikaitkan dengan pemain pertahanan tengah itu.

Pemain antarabangsa Portugal berusia 33 tahun itu mungkin berpindah keluar dari St Mary’s dalam jendela perpindahan ini kerana dia hanya mempunyai 18 bulan lagi dalam kontraknya pada masa ini dan pengarah bola sepak Southampton, Les Reed berkata bahawa dia telah menolak perjanjian baru, dakwaan yang dinafikan oleh pemain tersebut.

“Dia mempunyai beberapa peluang untuk memperbaharui situasi kontrak. Dia membuat keputusan untuk tidak melakukannya,” kata Reed.

“Dia dengan jelas mahu mendapatkan lebih banyak peluang dengan membuat satu pemindahan. Disitulah kami berada pada masa ini, Jose mahu meninggalkan kelab. Dia secara rasminya meminta pemindahan.”

Menggariskan perbalahan antara pemain dan kelab, Fonte, yang telah menyertai the Saints dari Crystal Palace pada tahun 2010, membuat kenyataan pada Instagram pada bulan lepas: “Hanya mahu membetulkan sesuatu: saya tidak menolak satu kontrak baru.

“Hakikatnya, saya telah dimaklumkan oleh Southampton bahawa mereka tidak menawarkan saya kontrak baru.” – AFP