Joshua ‘perlu bertarung’ menentang Fury

LONDON, 14 SEPT – Anthony Joshua berkata dia perlu bertarung menentang Tyson Fury ‘untuk menambah rekodnya’ sebelum dia bersara kerana sukan tinju secara keseluruhnnya memerlukan sekurang-kurangnya satu pertarungan antara dua petinju heavyweight dari Britain.

Perbualan mengenai ‘pertarungan super’, yang berlarutan sejak berbulan-bulan, kelihatan semakin berada di penghujung perjanjian awal tahun ini. Namun jawatankuasa timbang tara tinju Amerika Syarikat (AS) mengumumkan Fury bakal bertarung dengan Deontay Wilders buat kali ketiga.

Dengan keputusan itu Fury, yang sebelum ini seri dengan Wilder, bakal membuat penampilan untuk mempertahankan gelaran Majlis Tinju Dunia (WBA) menentang petinju AS di Las Vegas bulan hadapan.

Sebelum ini, Joshua bakal menentang pencabar mandatori Pertubuhan Tinju Dunia (WBO), Oleksandr Usyk di London pada 25 September, dengan kehadiran penonton dianggar seramai 60,000 orang di Stadium Tottenham Hotspur.

Namun Joshua, yang juga merupakan juara Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), tahu bahawa pertarungan dengan Fury adalah dinanti-nantikan peminat sukan tinju dan persoalan akan terus bermain di minda sekiranya dia membuat keputusan untuk bersama tanpa bertemu ‘The Gypsy King’.

“Adakah saya perlu bertemu Tyson Fury dalam rekod saya? Saya memang perlukannya,” Joshua memberitahu BBC 5 Live. “Kami perlukannya untuk sukan tinju. Itu yang semua mahukan, apa yang saya perlukan. Untuk mengukur kehebatan saya.

“Bertarung petinju yang bagus mampu membuat saya melakukan yang terbaik. Kem latihan sangat sukar. Untuk menjadikan keadaan bertambah baik adalah sangat sukar dalam sukan tinju. Untuk menentang Tyson Fury adalah satu cabaran besar.”

Joshua menambah, “Mari lihat sejauh mana saya mampu meningkatkan diri saya. Ia akan menjadi satu cabaran mental yang bagus. Ia bukan mengenai dirinya, tetapi ia kerana saya mahu melakukan lebih baik untuk diri saya – AFP

Gambar fail aksi Tyson Fury semasa bertarung menentang Deontay Wilder pada tahun 2018. Fury berkata dia perlu menentang Anthony Joshua sebelum dia bersara dari tinju. – AP