Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joshua sedia tumbangkan semua pesaing

    LONDON, 3 Mei – Juara heavyweight dunia, Anthony Joshua berkata bahawa dia mampu menumbangkan pesaing-pesaingnya di divisyen teratas ‘seorang demi seorang’ susulan kemenangan sensasinya ke atas Wladimir Klitschko.

    Joshua, 27, menewaskan Klitschko pada pusingan ke-11 di Stadium Wembley bagi menambah gelaran WBA dan IBO dalam mahkota IBF miliknya.

    Dia telah menawarkan Klitschko bagi pertarungan semula dan juga menetapkan tumpuannya pada pertem-bungan dengan Tyson Fury, yang belum bertarung sejak pertarungan menarik menewaskan Klitschko pada November 2015.

    “Jika terjadi dalam kerjaya saya, saya setentunya akan menikamati cabaran dengan Tyson Fury atau sesiapa sahaja,” kata Joshua.

    “Fury adalah seorang lelaki biasa yang telah mencapai perkara yang menakjubkan. Dia kembali berlatih dan mula mendapatkan semula kekuatannya, itu bagi bagus untuk tinju, jadi saya harap bahawa dia kembali ke tahap terbaiknya.

    Anthony Joshua (tengah) ketika meraikan kemenangannya ke atas Wladimir Klitschko bagi merebut gelaran IBF Joshua, WBA dan IBO di Stadium Wembley pada 29 April 2017. – AP
    Anthony Joshua (tengah) ketika meraikan kemenangannya ke atas Wladimir Klitschko bagi merebut gelaran IBF Joshua, WBA dan IBO di Stadium Wembley pada 29 April 2017. – AP

    Fury, 28, mendakwa bahawa dia mampu menewaskan Joshua ‘dengan satu tangan diikat di belakang’.

    Bercakap mengenai prospek pertarungan dengan Fury, Joshua berkata “ia dirasakan seperti kami menuju ke arah itu.”

    “Saya mahu memberikan hiburan dan jika itu adalah satu pertarungan yang membawa hiburan kepada sukan ini sekali lagi, jadi saya teringin untuk terlibat,” kata Joshua.

    “Dan jika saya perlu menghadapi divisyen untuk mengekalkan hiburan, maka itulah yang saya akan lakukan, menumbangkan mereka seorang demi seorang.”

    “Bagi Wladimir, saya sangat menghor-matinya di dalam dan luar gelanggang, dan jika kami mahu pertarungan semula, saya tidak mempunyai masalah untuk menentangnya sekali lagi,” kata Joshua. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda